Aku telah belajar silat cekak dan dengan izinnya, menjadi pembantu jurulatih di sini. Dulu semasa aku belajar, tidak terlintas untuk menjadi apa-apa, hanya kerana ingin belajar silat. Tetapi, setelah lama bersama persatuan ini, aku mulai nampak yang ia selari dengan naluri dan impianku dari tingkatan 3 dahulu. Iaitu untuk mencari suatu jalan untuk menyatukan orang melayu.
Selain dari itu, pada aku tingkatan 5 dan matrikulasi, aku mula terfikir, dimana suatu bangsa menjadi gagah bermula dari unit yang lebih kecil iaitu individu itu sendiri. Individu inilah yang menjadi bata-bata yang tersusun menjadi bangsa.
Individu ini juga adalah satu faktor yang penting untuk membentuk unit-unit keluarga yang kukuh dan mempunyai kekuatan yang diwarisi dari turun temurun. Kekuatan ini kalau terus diperkembangkan dan diwariskan, suatu bangsa yang gagah dan hebat akan terhasil.
Tetapi ini hanyalah suatu teori, perlaksanaanya adalah satu cabaran yang sangat getir.
Anak ku yang sulung sudah 13 tahun. Ada kejujuran dan keikhlasan dalam dirinya. Ada keberanian....sedikit. Tetapi, aku tidak mampu untuk mengisi teras pegangan hidup dia. Teras yang terdiri dari 6 rukun iman dan 5 rukun islam, Al-Quran sebagai rujukan dan teras ilmu, Allah sebagai dampingan dan Muhammad (SAW) sebagai bimbingan.
Aku tidak kisah kalau anak-anak ku mengejar apa yang diminati, dengan syarat dia mengejarnya dengan sungguh hati dan menjadi yang terbaik terhadap apa yang dikejar, walaupun menjadi pakar pembuat benang. Kerana disebabkan keistimewaan itu dia mampu membawa dirinya dalam masyarakat dan menjadi teras kepada keluarga, bangsa dan negara. Dia tahu yang dia berharga kerana ilmu itu, bukan kerana kaya atau berpengaruh/pangkat. Kerana kaya dan pengaruh/pangkat, boleh hilang disebabkan dengki dan khianat. Ilmu hanya akan kalah dengan ilmu. Tetapi, jika kita yang terbaik.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment