Sebentar tadi aku mendengar lagu sudirman cinta, nilai cintamu, aku dan perasaanku dan hilang berganti di you tube. Kadang-kadang lagu ini menceritakan perjalanan cinta dalam hidupku. Aku masih ingat dalam kemelut memilih siapa yang akan menjadi permaisuri hidup ku ini, aku menjadi kabur antara nafsu dan hakikat sebenar kasih sayang. Sehingga semasa bercakap dengan isteri ku sekarang terdengar lagu latar, nilai cintamu. Kerana akibat dikecewakan suatu masa dahulu, untuk memulakan suatu kehidupan dengan yang lain bukan lah mudah. lukanya terlalu dalam.
Tetapi Allah itu maha berkuasa, bila aku bertemu dengan isteriku sekarang, aku dapat merasakan ketidak upayaan ku untuk hidup tanpa dia.
Ini tidak bermaksud aku tidak boleh hidup tanpa dia, cuma hari-hari yang berlalu akan menjadi kosong. Kosong dari butir-butir kenangan manisnya kasih, yang menjadi biji tasbih pengubat rindu ketika bersendirian. Tasbih kasih yang menjadi rantai nafsu supaya tidak rakus memamah daging yang datang.
Setiap kali aku mendengar lagu-lagu sudirman, aku akan teringat, bagaimana aku lemas dalam kolam kehidupanku. Tak nampak tepian, tak tau arah tujuan. Terkapi-kapai di olek nafsu.
Sekarang aku berada diatas kapal, menebar layar untuk menangkap angin yang bakal membawaku pergi, melihat keindahan yang ada, bersyukur dengan yang ditangan. Aku tidak lemas lagi.
Wednesday, December 17, 2008
Monday, December 15, 2008
Pengalaman dan pandangan
Pengalaman
Pengalaman membuka dunia baru untuk kita. Ia mengubah cara kita melihat alam sekeliling kita. Pekara ini selalu saya fikirkan selepas saya menonto LOTR episod ke 3, setelah semuanya pulang ke tempat masing-masing. Bagaimana mereka melihat orang sekeliling mereka menjalani kehidupan biasa yang mana aktiviti harian menjadi agenda hidup harian mereka. Jika kita meletak diri kita dalam diri Frodo dan kawan-kawanya, kita dapat merasakan betapa remehnya pertengkaran yang berlanjutan, hanya untuk menegakkan pekara yang memberi kepentingan hanya untuk yang bertengkar, betapa tidak pentingnya bila ada yang berbangga dengan siapa yang ada buah labu yang paling besar, semua ini berlaku disekeliling mereka dan mereka hanya memerhati. Pada diri saya, setelah berada 40 hari dalam wad, setelah sembuh dari kecederaan yang boleh meragut nyawa saya, saya tidak lagi memandang kehidupan saya sepeti dahulu. Dendam yang membakar dalam hati saya, saya padamkan dan biarkan ia berlalu. Saya merasakan betapa rapuhnya nyawa kita dan betapa pentingnya setiap saat kita hidup, betapa pentingya kita menghayati kehidupan. Membuang jauh perasaan bosan, marah yang tidak kemana, melihat dan menghargai orang yang kita sayangi, kerana, tanpa kita sedari semua itu akan berubah dan berlalu.Andai sebentar kita fikirkan berapa kali lagi kita akan raya bersama orang tersayang, berapa kali lagi kita boleh ketawa dengan sahabat karib kita, berapa kali lagi kita boleh melihat keletah anak kecil kita, semuanya akan berlalu, adakah kita akan membiarkan perasaan dendam, marah menutup kegembiraan yang sepatutnya ujud yang bakal memberi kenangan indah utk dijadikan teman sewaktu kita bersendirian?Bila lagi boleh kita mencuri pandang senyum manis isteri kita, tangis gembira orang tua kita, gelak ketawa anak-anak kita dan sedara mara kita.

Realiti dan ertinya padaku
Realiti
Definasi sendiri, realiti adalah persepsi yang kita dapat dari sekeliling kita. Jadi realiti kita tidak semestinya sama dengan realiti orang lain. Cara kita memberi definasi akan persepsi kita terhadap sekeliling kita juga akan berlainan dari orang lain, kerana, definasi kita adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan kita. Stephen Covey ada mencadangkan dalam bukunya, untuk memahami orang lain sebelum kita difahami. Hanya ingin menekankan disini, kita perlu melihat dari kacamata orang tersebut, sebelum kita memasukkan apa yang kita nampak, supaya penyampaian kita tidak lari dari pemahaman orang itu. Istimewanya definasi realiti kita adalah kita boleh mengongsinya dengan orang lain, tetapi, dalam masa yang sama, yang mengongkong kita juga adalah keupayaan kita untuk mendefinasikan realiti kita, sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara realiti atau hanya satu fantasi, iaitu realiti yang didefinasikan dari pemalar yang lain dari biasa.Bila realiti kita dikaburi dengan elemen luaran yang bukan dari norma pengalaman dan pengamatan kita, kita menjadi keliru, tegang dan tak keruan, kerana tiada pemalar untuk menjadi landasan tindakan kita terhadap realiti itu. Disebabkan oleh semua yang dinyatakan diatas, kita perlu ada satu pemalar kehidupan yang boleh digunakan dalam semua situasi supaya kita tidak kaget dengan terjahan peristwa yang membentangkan realiti diluar keupayaan kita mendefinasikan dengan hanya pemikiran yang cetek, pemalar tersebut adalah agama

Subscribe to:
Posts (Atom)