I watched two movies which had the vietnam war as the background one "The white silk dress" and the other was Journey the Fall. Both movies are a heart wrenching and a tear jerker, if you wish to be in the story.
How the character was presented, I am speechless. But I connect with the stories because it involve small childrens. I have 3 childs which I love very much. I would't say they are angles, but they are my children. I wouldn't want anything to happen to them and in the stories, it shows how parents will do anything to make sure their children will get a better life. The sacrifices they make cannot be measured by all the materials that we get for them. Because the only thing which parents realy want from their childrens are their love and the sincerity giving it. But it is not always the case.
I love my family.
Sunday, January 4, 2009
Thursday, January 1, 2009
Impian yang itu
Aku telah belajar silat cekak dan dengan izinnya, menjadi pembantu jurulatih di sini. Dulu semasa aku belajar, tidak terlintas untuk menjadi apa-apa, hanya kerana ingin belajar silat. Tetapi, setelah lama bersama persatuan ini, aku mulai nampak yang ia selari dengan naluri dan impianku dari tingkatan 3 dahulu. Iaitu untuk mencari suatu jalan untuk menyatukan orang melayu.
Selain dari itu, pada aku tingkatan 5 dan matrikulasi, aku mula terfikir, dimana suatu bangsa menjadi gagah bermula dari unit yang lebih kecil iaitu individu itu sendiri. Individu inilah yang menjadi bata-bata yang tersusun menjadi bangsa.
Individu ini juga adalah satu faktor yang penting untuk membentuk unit-unit keluarga yang kukuh dan mempunyai kekuatan yang diwarisi dari turun temurun. Kekuatan ini kalau terus diperkembangkan dan diwariskan, suatu bangsa yang gagah dan hebat akan terhasil.
Tetapi ini hanyalah suatu teori, perlaksanaanya adalah satu cabaran yang sangat getir.
Anak ku yang sulung sudah 13 tahun. Ada kejujuran dan keikhlasan dalam dirinya. Ada keberanian....sedikit. Tetapi, aku tidak mampu untuk mengisi teras pegangan hidup dia. Teras yang terdiri dari 6 rukun iman dan 5 rukun islam, Al-Quran sebagai rujukan dan teras ilmu, Allah sebagai dampingan dan Muhammad (SAW) sebagai bimbingan.
Aku tidak kisah kalau anak-anak ku mengejar apa yang diminati, dengan syarat dia mengejarnya dengan sungguh hati dan menjadi yang terbaik terhadap apa yang dikejar, walaupun menjadi pakar pembuat benang. Kerana disebabkan keistimewaan itu dia mampu membawa dirinya dalam masyarakat dan menjadi teras kepada keluarga, bangsa dan negara. Dia tahu yang dia berharga kerana ilmu itu, bukan kerana kaya atau berpengaruh/pangkat. Kerana kaya dan pengaruh/pangkat, boleh hilang disebabkan dengki dan khianat. Ilmu hanya akan kalah dengan ilmu. Tetapi, jika kita yang terbaik.....

Usaha Manusia, Hasil dari Allah
Manusia diberi daya dan usaha, tapi Allah yang menentukan hasilnya. Begitu juga kehendak. Kehendak adalah gerak hati yang menjadi pandu arah daya dan usaha tersebut. Jika kehendak tidak jelas, ke arah manakah akan kita tuju?
Terkadang dalam hidup ini kita lupa apakah kehendak atau niat asal kita melakukan sesuatu pekara itu, tetiba, kita berada di tempat yang kita tak pasti dan tak selesa. Jadi arah manakah yang hendak kita tuju? Kita telah mencipta masalah itu dengan tidak sentiasa memuhasabah diri untuk memastikan kita berada dijalan yang ingin dituju.......
Aku berjalan sendiri dilorong sepi,
mencari erti apakah hidup ini,
tanpa ku sedari jawapan itu ada dalam langkah2,
yang
memecah sepi malam,
yang,
menyelubungi alam fana,
di hiasi bintang dan bulan,
yang,
membuktikan segalanya,
ada dalam langkah itu,
dan,
dipayungi kekuasaan yang maha besar,
yang,
keterampil dengan keanggunan ciptaan yang begitu hebat sehingga tiada sepatah kata yang dapat dibicara, tiada tinta yang dapat menghurai akannya , tiada pena yang mampu melukir, melarik segala yang ada hingga boleh ditatap dan diserap oleh akal2 makhluk yang dangkal. Segala sesuatu itu hanya di fahami oleh hati, hati yang diterangi dengan cahaya iman yang menjadi penyuluh setiap langkah di lorong sepi supaya setiap derap kaki menuju ke tempat yang satu, supaya sampai masa akan kita besimpuh di bawah naungan Arasy, dilimpahi rahmatNya, menjadi umat terpilih, dikasih dan dilindungi kekal abadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)