Realiti
Definasi sendiri, realiti adalah persepsi yang kita dapat dari sekeliling kita. Jadi realiti kita tidak semestinya sama dengan realiti orang lain. Cara kita memberi definasi akan persepsi kita terhadap sekeliling kita juga akan berlainan dari orang lain, kerana, definasi kita adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan kita. Stephen Covey ada mencadangkan dalam bukunya, untuk memahami orang lain sebelum kita difahami. Hanya ingin menekankan disini, kita perlu melihat dari kacamata orang tersebut, sebelum kita memasukkan apa yang kita nampak, supaya penyampaian kita tidak lari dari pemahaman orang itu. Istimewanya definasi realiti kita adalah kita boleh mengongsinya dengan orang lain, tetapi, dalam masa yang sama, yang mengongkong kita juga adalah keupayaan kita untuk mendefinasikan realiti kita, sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara realiti atau hanya satu fantasi, iaitu realiti yang didefinasikan dari pemalar yang lain dari biasa.Bila realiti kita dikaburi dengan elemen luaran yang bukan dari norma pengalaman dan pengamatan kita, kita menjadi keliru, tegang dan tak keruan, kerana tiada pemalar untuk menjadi landasan tindakan kita terhadap realiti itu. Disebabkan oleh semua yang dinyatakan diatas, kita perlu ada satu pemalar kehidupan yang boleh digunakan dalam semua situasi supaya kita tidak kaget dengan terjahan peristwa yang membentangkan realiti diluar keupayaan kita mendefinasikan dengan hanya pemikiran yang cetek, pemalar tersebut adalah agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment